-->

Beautiful Creatures

My name is Shera and I'm a beautiful creature created by Allah s.w.t

Shera Existance

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 11, 2014

Hantu Buaian !

Assalamualaikum w.b.t dear beautiful readers :)

Shera sihat. Korang sihat tak ?? Harap sihat-sihat jee :)
Shera dah janji nak cerite pasal kisah hantuuuu tu kan ?

Okay... so, ceritenye macamni..
Al-kisah

Pada hari ahad tengahari tu shera sampai di kuantan. Keadaan rumah ni indah khabar dari rupe. Memang tak sama dalam gambar yg ditunjukkan. Shera dduk dekat flat yg betul-betul sebelah dan belakang hutan.. depan rumah tu ade kawasan padang besar, taman permainan, pokok-pokok besar dan batu-batu besar..

Malam tu Shera duduk bertiga dengan roomate shera. Wani dan nurul. Busy siapkan assignment sampai pukul 12.30 pagi.. tupp tupp lupe nak print.. kiteorang bertiga pun cepat-cepat bersiap dan cube untuk tengok kalau-kalau cyber cafe berhampiran masih buka..

Keluar je daripada rumah, shera orang terakhir.. menyusul belakang diaorg sebab terhegeh-hegeh kunci pintu rumah dulu.. Shera terus berjalan laju ke arah kawan-kawan..

Sampai jee dekat diaorang, Shera dengar wani cakap dekat nurul. "Ehh.. jangan laa tegur!" Shera pun terus la tanye, "tegur ape ?" Lepastu nurul cakap "buaian tu.." Shera yang tak fikir panjang ni pun, teruslah pandang buaian tuuu..

Taw kenape dengan buaian tuu ?? Buaian tu berbuai perlahan.. okay, shera tak nafikan.. memang angin agak kuat malam tuu.. tapi, buaian dekat situ ade empat.. yang berbuai cume satu tu saje.. kedudukan buaian tu betul-betul bawah pokok besar tuu..

Shera pun ape lagi, terus pegang tangan nurul dan wani kuat-kuat.. kiteorang terus berjalan laju tanpa pandang belakang.. sampai je dekat simpang tu, shera cuba memberanikan diri untuk jenguk buaian tadi.. rupenye buaian tu berbuai makin laju.. makin laju.. makin laju.. kawan-kawan pun nampak jugak buaian tu berbuai makin laju..

Lepastu, nurul berbunyi "ehh, jom la patah balik masuk rumah".. shera cakap laa, "dah separuh jalan, tak elok patah balik".. sebenarnye sebab shera takut buaian tu tngah berbuai semakin laju.. rase nak lariiii !!! Langkah kiteorang pun makin laju.. terus sampai ke cyber cafe.. tenang sikit.. fuhhh sebab masih ade orang dekat kawasan tuu..
Cyber cafe tu masih buka tapi dah kunci. Mungkin sebab dah lewat malam.. kiteorang pun melupekan hajat nak print out assignment ni. Pagi nanti jelah. Terus berjalan ke kawasan flat tempat shera tinggal tu.. kawasan flat ni memang gelap gelita sebab takde lampu jalan dekat kawasan ni..

Bile melintas je kawasan taman tadi, shera dengan kawan-kawan langsung tak pandang arah buaian tadi.. semua straight je jalan pandang pintu rumah.. sampai depan pagar, sebelum masuk, shera sempat jeling.. buaian tu tak bergerak langsung pulak.. masuk je rumah, kiteorang mengucap panjang.. terus pasang surah yassin dekat laptop semalaman.. nak pergi toilet pun berteman..

Ramai yang cakap, kawasan flat tu agak keras sikit.. nak-nak pulak hujung sekali.. lelaki sesuai la tinggal dekat sini.. lagipun bahaye untuk perempuan tinggal dekat kawasan ni. So, shera and housemate lain semua buat keputusan untuk cari rumah sewa baru :(
Thats all pengalaman shera first day di rumah sewa ni..
Kalau boleh, taknak ade pengalaman buruk lagi..

Thank you for browsing and bace cerite panjang-panjang ni.. :)
Posted by Unknown at Tuesday, November 11, 2014 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, November 9, 2014

I'm Kuantanion !

Hai and assalamualaikum to all my dearest and blessed readers..

Lama dah tak update blog ni.. tiup-tiup sikit..
Macam yang korang sedia maklum, shera ade mentioned yg shera busy busy busy tu kann...
Sebab prepare nak balik kuantan ni laa..

Now, shera di kuantan.

Kelam kabut. Dengan masuk rumah baru. Packing barang. Kemas-kemas. Prepare final report. Prepare slide. Prepare presentation.. haihhh.. tak boleh mengeluh sangat..
Ini lah kehidupan sebagai student..

So, to all my readers, entry seterusnye shera ade cerite serammmm. Adatla, masuk menyewa rumah baru kan..

Okay, till then peeps :*
Thank you with lots of love :)
Posted by Unknown at Sunday, November 09, 2014 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, October 30, 2014

Busy Week. Errrrr !

Hai and hello dear readers :)
Harini Shera sempat curi-curi nak meng-update blog Shera. Lepasni seminggu Shera akan sangat sangat sangat sangattt BUSY.

Tapi, kalau berkesempatan, Shera curik masa jugaklah untuk update blog Shera ni. cehcehh ! mane lah tahu, nanti korang rindu pulak dekat Shera ni kannn.
haha xD

As you all know, Shera pernah cerite kan ?? Shera sedang menjalani Latihan Industri di sebuah syarikat ni. Okay, so sekarang ni.. Masa dah time ! haha :D Practical dah nak habis. 7hb November 2014 ni Shera tamat lah practical...

So, faham-faham lah kehidupan sebagai pelajar ni. Bila dah practical, mesti ada report kan.. Bukan daily report jee. Final report pun kene buat jugak. Shera terpaksa lah habiskan minggu-minggu terakhir ni untuk menyiapkan final report ni.. 

Ketebalan daily report dengan final report ni bukan biasa-biasa. Bukan macam buku kisah dongeng kanak-kanak. Tapi macam kamus dwibahasa setiap satunya. 

Kematu-lah jari Shera menaip ! 

Bila-bila Shera free, Shera akan update entry tentang final report / Laporan Akhir Latihan Industri ni pulak. Boleh dijadikan sebagai rujukan untuk sesiapa yang akan menjalani latihan industri ni nanti :)
Sharing tu kan is caring :D haha merepek ape ?

That's all for now ! much love form me, Shera :*

Posted by Unknown at Thursday, October 30, 2014 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, October 27, 2014

Suamiku encik Sotong !


Assalamualaikum dear awesome readers :D

Haa, entry kali ni, Shera nak cerite pasal drama bersiri 'Suamiku Encik Sotong'

Drama ni adalah sebuah adaptasi daripada novel..
Dengar tajuk pun dah macam berminat nak tengok drama ni. Cepat terpengaruh betul :D Shera bukanlah penggemar drama bersiri. Tapi tertarik pulak dengan tajuk drama bersiri yang disiarkan bermula semalam, hari Isnin jam 10.00 malam di astro ria. haha :D promote sikit iklan dia dekat sini.. 

Inilah novel tuu..

Drama ni pun Shera dapat and ada masa untuk tengok sebab disiarkan pada waktu malam.. Kalau tak, hmm jangan harap lah :p ceh ! macam busy-women sangattt :D

Ni antara sorotan drama 'Suamiku encik Sotong' yang Shera tengok malam tadi. Kelakar Sharnaaz Ahmad yang selalu bawak watak ganass tibe-tibe bawak watak sebagai si lembut (Encik Sotong).. Tapi salute la dengan lakonan Sharnaaz Ahmad ni sebab dia boleh adapt dengan pelbagai watak yang diberi (big clap) ! 


v
v
v

Berlipstikk lagi kauuu.. Haa :D bukan main tepek, calit lagi !

Tengok ! Tak lepas patung daripada pelukan Encik Sotong ni :D


Hero dengan Heroin drama ni :)



Okay, thats all for now.. Happy watching :D
Thank you for lending your leisure time here !


Posted by Unknown at Monday, October 27, 2014 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, October 23, 2014

Contest GA #2: Isi Buih-Kata Komik #2!!!


http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html
~Banner Contest~
Assalamualaikum w.b.t dear beautiful and awesome readers :)

Kali ni Shera join contest dari through my glasses~kacamata pulak :) 

Macam MENARIK jee kan ? Tibe-tibe tertangkap ke jantung pulak nak join contest ni :D  Hamekkk. Jantung terus ! 

Jom Join ! Jom Join ! Jom Join !

http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html
~Banner Contest~

Saje letak banyak-banyak banner tu~ sebab nak suruh click :D haha
Okay, Tak susah pun nak join contest ni. Isikan buih kata jee :D Menarik kan ?? Best kann ?? 
yukkk ! la kita memeriahkan lagi contest ni :) 

Click banner atas tu jee :*

http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html

Rugi tak join~~

Till then, Have a nice and beautiful day :)
Thank you for browsing and hope you all join contest ni :) 
Byeee, much love !

Posted by Unknown at Thursday, October 23, 2014 17 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, October 21, 2014

10 Facts About Shera !


Hai & Hello dear beautiful and gorgeous readers :*

Okay, here is 10  little things you should know about me ! :D trust and don't judging.. hehe :)
 


Shera 'sangat sangat' tak boleh buat 2 kerja dalam 1 masa . Terutama bila berjalan, tolong jangan bagi Shera pegang 2 barang dalam satu tangan, CONFIRM cicir.




 Kalau Shera rasa Shera betulll dalam sesuatu hal, JANGAN harap akan mengalah sebab Shera akan berdebat habis-habisan haha :D



Shera seorang perempuan yang ber-ego tinggi, and bila berhadapan dengan orang yang ego tinggi jugak, lagilah bertambah-tambah-tambah tinggi ego Shera ! kadang-kadang tu mengalah jelaaa..




Shera bukanlah seorang yang mudah untuk marah atau benci. Tapi kalau Shera dah kata tak suka sesuatu tu, maknanya memang tak sukalah. Jangan paksa. hehe :) 




Shera suka men-decorate ! :D Sangat sukee bende yang comel-comel, yang fancy-fancy, yang colourful-colourful ! gerammm (>_<)
  


Penting ! Shera seorang 'Pengunyah Ais Tegar '.  Kalau boleh nak duduk dalam fridge tu, kunyah ais seharian :D
 
I LOVE chocolate and cheese. I definitely hate blueberry and berry taste ! yuckks :p 


Shera slelau berangan nak kahwin mude (gatal!) haha :D takdela, sebenarnye sebab Shera nak enjoy masa mude ni dengan cara Shera sendiri :) macam mane ??? Adelaaaa...




I have an overprotective parent yang menjadikan kebebasan dan pergaulan Shera terbatas. Sebab tu Shera ber-blogging :D



Most important, I am a daughter, sister, girl, women, girlfriend... and I AM YOUR CYBERSPACE FRIEND !






Okay, that's all a little-little thing about me ! Nonsense but that is what I am :D and thank you for lending your precious time dear beautiful and awesome readers :)

Posted by Unknown at Tuesday, October 21, 2014 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

5 Beauty Tips !



#1 Tahu tak ? mascara yang selalu kita pakai tu, boleh tahan selama 3-4 bulan. Tapi selalu cepat kering kan ?? Kalau mascara dah kering, letakkan beberapa titis eyedrop ke dalam mascara dan gosok-gosokkan berus mascara tu  untuk melembabkannya semula. Lepastu boleh la pakai balik macam baru beli :) tak pecaya ? try dulu..









 


#2 Haa, tau tak ape kegunaan sudu plastik ni ? Sudu plastik ni memudahkan kita untuk apply mascara pada bulu mata bahagian bawah.. Ia juga boleh memberikan hasil coat yang lebih tebal :)










 
#3 Nak hasil bulu mata melentik yang tahan sepanjang hari ?? Senang jee. Panaskan Lash curler tu guna hair dryer selama 3-5 saat.. Lepastu, apply kan je macam biasa.. Hasilnya, woww ! :)







  #4 Daripada buang dalam tong sampah, lebih baik bersihkan dan keringkan berus mascara tu. Lepastu berus maskara yang dah dibersihkan tu boleh dijadikan berus kening :) Kening boleh nampak lebih kemas..





#5 Jangka hayat make-up ? Bila perlu buang ? Tengok dalam gambar ni.. Jangan sampai alat make-up merosakkan kulit korang taw.. Mascara 3-4 bulan, Blusher 12-18 bulan, concealer 2 tahun, Foundation 6-12 bulan, lipstik 12-18 bulan, lip liner 18-24 bulan.. Kalau rasa macam dah lama sangat dalam beg make-up sampai tak tau berape tahun, buangkan cepat-cepat. Jangan sampai TERguna pulak.. Nanti rosak kulit. Okay :)








Okay, that's all.. Sharing is loving :) hehe, till than peeps ! much loves :*
BYE



Posted by Unknown at Tuesday, October 21, 2014 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

My nuffnang :)

About Shera's

Unknown
View my complete profile

Illustrious Followers

Awesome Footprints !

Incredible Older Entry

  • November (2)
  • October (18)
  • September (6)

Shera's FitnessTips

Shera's FitnessTips

Shera Blog List

  • MRS. A
  • N A D D Y !
  • Through My Glasses, Kacamata~
  • mY LiFe
  • Whatever Apa-Apa Sahaja

My Nuffnang :)

Shera Visitors

Dear Pageviews

Powered By Blogger
Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...