-->

Beautiful Creatures

My name is Shera and I'm a beautiful creature created by Allah s.w.t

Shera Existance

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 11, 2014

Hantu Buaian !

Assalamualaikum w.b.t dear beautiful readers :)

Shera sihat. Korang sihat tak ?? Harap sihat-sihat jee :)
Shera dah janji nak cerite pasal kisah hantuuuu tu kan ?

Okay... so, ceritenye macamni..
Al-kisah

Pada hari ahad tengahari tu shera sampai di kuantan. Keadaan rumah ni indah khabar dari rupe. Memang tak sama dalam gambar yg ditunjukkan. Shera dduk dekat flat yg betul-betul sebelah dan belakang hutan.. depan rumah tu ade kawasan padang besar, taman permainan, pokok-pokok besar dan batu-batu besar..

Malam tu Shera duduk bertiga dengan roomate shera. Wani dan nurul. Busy siapkan assignment sampai pukul 12.30 pagi.. tupp tupp lupe nak print.. kiteorang bertiga pun cepat-cepat bersiap dan cube untuk tengok kalau-kalau cyber cafe berhampiran masih buka..

Keluar je daripada rumah, shera orang terakhir.. menyusul belakang diaorg sebab terhegeh-hegeh kunci pintu rumah dulu.. Shera terus berjalan laju ke arah kawan-kawan..

Sampai jee dekat diaorang, Shera dengar wani cakap dekat nurul. "Ehh.. jangan laa tegur!" Shera pun terus la tanye, "tegur ape ?" Lepastu nurul cakap "buaian tu.." Shera yang tak fikir panjang ni pun, teruslah pandang buaian tuuu..

Taw kenape dengan buaian tuu ?? Buaian tu berbuai perlahan.. okay, shera tak nafikan.. memang angin agak kuat malam tuu.. tapi, buaian dekat situ ade empat.. yang berbuai cume satu tu saje.. kedudukan buaian tu betul-betul bawah pokok besar tuu..

Shera pun ape lagi, terus pegang tangan nurul dan wani kuat-kuat.. kiteorang terus berjalan laju tanpa pandang belakang.. sampai je dekat simpang tu, shera cuba memberanikan diri untuk jenguk buaian tadi.. rupenye buaian tu berbuai makin laju.. makin laju.. makin laju.. kawan-kawan pun nampak jugak buaian tu berbuai makin laju..

Lepastu, nurul berbunyi "ehh, jom la patah balik masuk rumah".. shera cakap laa, "dah separuh jalan, tak elok patah balik".. sebenarnye sebab shera takut buaian tu tngah berbuai semakin laju.. rase nak lariiii !!! Langkah kiteorang pun makin laju.. terus sampai ke cyber cafe.. tenang sikit.. fuhhh sebab masih ade orang dekat kawasan tuu..
Cyber cafe tu masih buka tapi dah kunci. Mungkin sebab dah lewat malam.. kiteorang pun melupekan hajat nak print out assignment ni. Pagi nanti jelah. Terus berjalan ke kawasan flat tempat shera tinggal tu.. kawasan flat ni memang gelap gelita sebab takde lampu jalan dekat kawasan ni..

Bile melintas je kawasan taman tadi, shera dengan kawan-kawan langsung tak pandang arah buaian tadi.. semua straight je jalan pandang pintu rumah.. sampai depan pagar, sebelum masuk, shera sempat jeling.. buaian tu tak bergerak langsung pulak.. masuk je rumah, kiteorang mengucap panjang.. terus pasang surah yassin dekat laptop semalaman.. nak pergi toilet pun berteman..

Ramai yang cakap, kawasan flat tu agak keras sikit.. nak-nak pulak hujung sekali.. lelaki sesuai la tinggal dekat sini.. lagipun bahaye untuk perempuan tinggal dekat kawasan ni. So, shera and housemate lain semua buat keputusan untuk cari rumah sewa baru :(
Thats all pengalaman shera first day di rumah sewa ni..
Kalau boleh, taknak ade pengalaman buruk lagi..

Thank you for browsing and bace cerite panjang-panjang ni.. :)
Posted by Unknown at Tuesday, November 11, 2014 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, November 9, 2014

I'm Kuantanion !

Hai and assalamualaikum to all my dearest and blessed readers..

Lama dah tak update blog ni.. tiup-tiup sikit..
Macam yang korang sedia maklum, shera ade mentioned yg shera busy busy busy tu kann...
Sebab prepare nak balik kuantan ni laa..

Now, shera di kuantan.

Kelam kabut. Dengan masuk rumah baru. Packing barang. Kemas-kemas. Prepare final report. Prepare slide. Prepare presentation.. haihhh.. tak boleh mengeluh sangat..
Ini lah kehidupan sebagai student..

So, to all my readers, entry seterusnye shera ade cerite serammmm. Adatla, masuk menyewa rumah baru kan..

Okay, till then peeps :*
Thank you with lots of love :)
Posted by Unknown at Sunday, November 09, 2014 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

My nuffnang :)

About Shera's

Unknown
View my complete profile

Illustrious Followers

Awesome Footprints !

Incredible Older Entry

  • November (2)
  • October (18)
  • September (6)

Shera's FitnessTips

Shera's FitnessTips

Shera Blog List

  • MRS. A
  • N A D D Y !
  • Through My Glasses, Kacamata~
  • mY LiFe
  • Whatever Apa-Apa Sahaja

My Nuffnang :)

Shera Visitors

Dear Pageviews

Powered By Blogger
Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...